Resepi Air Soya Piauww Punye!

Resepi air soya piawww punya!

CARA BISNES AIR BALANG (2)

Ini ada berita baik untuk anda yang nak buat air soya sendiri dirumah. Boleh buat untuk minum sendiri bersama famili. Kalau nak buat berniaga pun laagi Malaysia boleh!

Di luar sana ada juga kursus air soya berbayar yang disediakan. Anda cuma cari, bayar dan joint aje. Kadar bayaran mengikut penganjur, biasanya antara RM250 hingga RM700. Tapi kalau ada yang percuma buat apa nak bayar kan? Ni saya bagi anda resepi air soya percuma. Piauww punye!

Copy n printlah ikut suka anda. Yang penting kena cuba try test dulu buat kat rumah ok!

Resepi Air Soya Piauww Punye!

BAHAN-BAHAN:

 1 kg kacang soya

3 helai daun pandan

1 sudu teh garam

9 liter air

BAHAN UNTUK BUAT AIR GULA:

1 kg gula

1 liter air

 

 PERALATAN:

Mesin soya/ blender

Tapis teh tarik mamak/kain net putih

Bekas tapis plastik

1 periuk sederhana

1 bekas tong panas/hot container

CARA-CARA:

Langkah 1

  • Basuh kacang soya dan rendam di dalam bekas selama 4 hingga 5 jam sahaja.
  • Toskan kacang soya yang telah kembang tersebut menggunakan tapis plastik.

Resepi air kacang soya

Langkah 2

  • Kisar atau blend kacang soya tersebut dengan 6 liter air sahaja.
  • Blend hingga kacang soya betul-betul hancur.

Langkah 3

  • Tapis air soya yang telah dikisar itu 1 kali dengan menggunakan tapis teh tarik mamak/kain net@muslin ke dalam bekas.
  • Perah air kacang soya untuk cepatkan proses penapisan ini.

Resepi air kacang soya 2

 

Langkah 4

  • Blend hampas kacang soya yang telah diasingkan di dalam bekas lain sebelum ini  dengan sukatan 3 liter air sahaja.
  • Tapis dan perah pati kacang soya ke dalam bekas (sama seperti di step 3).

resepi air soya 3

 

Langkah 5

  • Tuang air soya yang telah ditapis ke dalam periuk sederhana untuk dimasak.
  • Gunakan penapis plastik untuk tapis air soya ke dalam periuk.

Langkah 6

  • Simpulkan 3 helai daun pandan dan masukkan satu sudu teh garam ke dalam periuk berisi air soya.
  • Tutup periuk. Kacau air soya  selang  10-15 minit supaya ia tidak membuak-buak atau melimpah.
  • Masak  dengan api perlahan selama 1 jam. Air soya akan mendidih apabila ia telah masak.

Resepi air soya 4

Step 7, 8,  ke 100 dan seterusnya…minumla..tunggu apa lagi. Dah ready n mantop dah tu! Pati Soya ni sangat Pekat. Bubuh ais untuk lebih kaww. Atau mana yang suka air gula merah tu adjust le sendiri.

* Ini cuma 1 dari teknik buat air soya. Ada banyak lagi cara n teknik yg berbeza boleh dicuba. Lain orang lain kaedahnya. Teknik ini adalah yang paling simple n guna peralatan yang mesti semua orang dah ada di rumah.

Copy n printlah ikut suka anda. Yang penting kena cuba try test buat kat rumah dulu ok!

Kredit : Encik Mizan Sulaiman, seorang peniaga air balang otai sejak tahun 2008 dan merupakan penulis ebook cara jalankan Bisnes Air Balang. Anda juga boleh dapatkan ebook beliau dengan klik gambar di bawah..

CARA BISNES AIR BALANG (2)

 

Author: Hairul Musa

Salam dan hai. Saya Hairul, pembantu tuan Mizan Sulaiman bagi memberi bantuan teknikal kepada anda yang ingin mendapatkan EBOOK BISNES AIR BALANG yang ditulis oleh beliau. Saya juga merupakan salah seorang pekerja 'part time' Tuan Mizan dalam bisnes katering air balang beliau di sekitar Lembah Klang. Adakah anda berminat nak jadi USAHAWAN BISNES AIR BALANG dan jalankan bisnes sendiri? Boleh berniaga di bazar ramadhan, jamuan hari raya, majlis kesyukuran, tepi jalan, pasar malam, down town/up town, pasar tani, kenduri kahwin ataupun jalankan bisnes katering air balang. Jika berminat, anda boleh dapatkan EBOOK BISNES AIR BALANG sebagai ilmu panduan sebelum memulakan bisnes air balang anda. Dalam ebook ini, anda akan diberi tunjuk ajar dan diberikan lebih 20 RESEPI bagi memudahkan anda untuk mulakan bisnes air balang. Untuk dapatkan ebook ini, anda perlu klik gambar 'banner' iklan yang ada di bawah sekali dalam setiap artikel. Sebarang pertanyaan untuk bantuan teknikal, anda boleh hantar melalui emel di jualairbalang@gmail.com atau melalui whatsApp kepada saya di no 010-3372373 (Hairul Musa) Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s