Cara jual air balang

Saya masih ingat lagi masa dapat job katering air balang untuk majlis kenduri kahwin seorang ‘akak polis’ di Selangor pada beberapa tahun lepas.

Crowd memang ramai.. sesak derr!

Masa tu saya dan team memang tak menang tangan layan orang ramai yang serbu stall air. Maka dengan penuh skill dan bergaya kami menceduk air balang. Macam-macam gaya ada.

Mujur team saya dah banyak pengalaman handle tetamu untuk majlis begini. So, sambil ceduk air balang kami senyum je sampai ke telinga sebab seronok.

Dan YESS! air Lemon Soda atau nama hipsturnya ‘Jus Detox’ ini habis dulu! Licin sekali dengan ramuan atau bahan-bahan jus detox, semua kena kaut tak tinggal sisa dah dalam balang. Daun serai tu pun diorang angkut. Mungkin diorang buat kunyah2 kot macam daun serai tu. Haha.

.

.

.

.


Pengantin pun masa tu tak dapat merasa minum jus detox ni. Kesian… “Takpelah dik oii, ko dapat kahwin tu kira lagi beruntung. Yang penting tetamu ko dapat minum air detox ni”, hehe.

Jus detox actually memang mantap diminum time cuaca panas. Sejuk terasa satu badan. Memang minum tak ingat dah orang belakang.

Jadi, kalau anda nak jual air balang boleh cuba air lemon soda ini. Cara buat pun mudah saja. Resipi free dalam Facebook dan google ada banyak. Boleh copy dan paste.

Tapi kalau nak resipi jus detox original yang confirm power dan sudah semestinya power sebab pengalaman saya selama ini, anda boleh dapatkan dan baca ebook berbayar saya di sini.

*Road to Ramadhan 2021


Kredit: Tuan Mizan Sulaiman

Nak try jual air soya di bazar Ramadan?

“TUAN ADA RESEPI AIR SOYA TAK? BULAN PUASA TAK LAMA DAH NI, SAYA CADANG NAK TRY BERNIAGA AIR BALANG KAT BAZAR RAMADAN LA..”

Adalah sangat! Bukan setakat resepi air soya, tapi lebih 20 RESEPI saya bagi dalam ‘ebook’ ni termasuk resepi air yang HOT masa kini iaitu JUS DURIAN BELANDA, JUS KEDONDONG ASAM BOI dan JUS AIR LEMON SODA ( DETOX).

Malah saya juga akan tunjukkan teknik dan cara untuk anda mulakan bisnes air balang di bazar Ramadan dan semuanya tu adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri berniaga air balang sejak tahun 2008.

So, anda taklah terkapai-kapai di awangan untuk start berniaga. Impian dan cita-cita murni anda nak berniaga air balang tu dah ada, jadi jangan biarkan impian itu terkubur ok!

Sebelum tu saya nak tanya. Kenapa nak jual air soya je? Apa barang. Alang-alang nak buat bisnes air balang, saya cadangkan anda jual sekurang-sukurangnya 3 JENIS AIR BALANG.

2 jenis air tu pastikan yang tengah ‘hot’ atau yang tengah laku keras sekarang contohya Jus Durian Belanda atau Jus Detox. Kemudian air soya tu pun buat jugak sebagai resepi UTAMA. sebab apa? Sebab air soya itulah penyelamat bumi bisnes air anda! Modal kecik, tapi untungnya besoorr.

Semua resepi di atas ada dalam ebook saya. Dapatkan segera dan baca sampai khatam banyak kali. Kemudian jangan tunggu bulan jatuh ke riba, tapi terus rangka ‘plan strategi’ anda menuju Ramadan 2021 ini, tak lama dah nak oii.. Tahun ni 1 Ramadhan ialah pada 13 APRIL 2020 ok.

Baik, untuk dapatkan ebook Bisnes Air Balang ini, saya cadangkan anda tengok dulu ‘preview’ ebook tersebut di sini.

Good Luck!

Kalau anda tak minat, boleh tolong ‘share’ dan sampaikan berita gumbira ni kat sape2 yang anda kenal dan anda rasa dia minat serta ada potensi untuk buat bisnes air balang. Mana tau ada manfaatnye..:-).

* Hari pertama bisnes tu jangan lupa ‘selfie’ atau ‘wefie’ macam saya ni.

Kredit: Tuan Mizan Sulaiman, penulis ebook Bisnes Air Balang.

Nak jual air balang selepas PKP?

Nak jual air balang selepas PKP? Alhamdulillah syukur kerana sekarang kita dah masuk fasa PKPP yang dilanjutkan dan ada juga negeri yang dikenakan PKPB sehingga akhir tahun 2020. Tapi yang penting, dalam usaha kita semua mengekang penularan Covid-19, dalam kedua-dua fasa ini, pergerakan ekonomi adalah dibenarkan. Maknanya boleh berniaga tapi dalam suasana ‘kebiasaan baharu’ atau ‘norma baharu’. 

Anda boleh merujuk page Facebook rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) di link ini https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/ untuk mendapatkan maklumat rasmi yang terkini.

Peniaga air balang pun dah boleh merancang dan merangka strategi untuk beroperasi semula. Bagi yang baru ada cita-cita nak jadi usahawan air balang pun boleh juga cuba jalankan bisnes dengan jual air balang ni. Belum cuba belum tahu hasilnya.

Bila dah cuba, katakan rasa tak berapa menjadi, maka boleh lah ‘stop’ atau jalankan bisnes lain pula. Jika ada rezeki menjadi, mana tahu, boleh lah dijadikan bisnes untuk jangka masa panjang sama ada secara ‘pat time’ atau ‘full time’. yang penting, bisnes air balang ni modalnya tak lah besar sangat.

Baca juga artikel ini: 7 Cara Bisnes Air Balang Yang Jimat Kos

Tapi kena ingat, peniaga perlu memahami dan mematuhi SOP menjalankan perniagaan semasa  dalam suasana atau keadaan norma baharu ni. Maknanya, perlu ingat dan amalkan SOP seperti penjarakan sosial di antara pekerja walaupun pekerjanya ada 2 orang je.

Pada masa yang sama wujudkan juga SOP kepada pelanggan dan sentiasa pantau dan memberi peringatan. Kadang-kadang peniaga dah ok ikut SOP tapi pelanggan pula yang main redah je sama ada dia lupa ataupun memang saje2 buat tak tahu, maklumlah dia bukan mengidap Covid-19 so, buat macam tak bersalah. Acer tiba-tiba kobid tu hinggap kat dia dan keluarga, baru merasa… habis semua orang susah nak cari sorang-sorang buat ‘swab test’ termasuk lah kita peniaga ni sekali.

Berbalik kepada topik asal kita, ada orang tanya boleh ke nak jual air balang selepas PKP? Sebab mungkin pelanggan dah tak ramai lagi seperti dulu disebabkan Covid-19 dan PKP. Jawapan saya, boleh jer! Terpulang pada keyakinan anda. Jika berminat atau nak mencuba boleh je hadap… kerana bagi saya, bisnes air balang masih ada permintaan walaupun hanya dijual di tepi jalan. Siapa yang tak minum air? Tambah-tambah persembahan gerai menarik dan rasa air yang anda jual memang sedap!

Antara sebabnya ialah seapanjang PKPP  ni, banyak kelonggaran yang kerajaan telah berikan seperti kebenaran merentas negeri, boleh melancong dalam negara dan beberapa kelonggaran lain. Bermakna, mungkin ramai yang akan mula keluar nanti sama ada melancong, nak balik kampung ziarah mak ayah, bawa anak-anak bersiar-siar, makan angin dan lain-lain.

Dengan perkembangan ini, sektor ekonomi dijangka akan lebih meriah dan menuju kepada pemulihan. Bagi saya, peniaga air balang perlu ambil peluang yang ada ini. Bagi yang kena PKPB tak boleh merentas negeri tu tak pe, yang penting kita boleh berniaga jual air balang dalam kawasan.

Satu lagi perkara penting, semua kena ingat sama ada peniaga atau pelanggan, kita sekarang berada dalam kehidupan kebiasaan baharu (norma baharu) maknanya banyak perkara baru yang kita kena ambil perhatian dan amalkan dengan tujuan bagi mengurangkan dan pencegahan penyebaran Covid-19 selagi vaksin Covid-19 belum dihasilkan. Peniaga air balang juga mesti merancang apa yang perlu disediakan bagi mematuhi SOP PKPP dan PKPB ini.

So, macam mana? Apa pendapat anda peniaga air balang semua? Nak jual air balang selepas PKP tak? Bagi saya, dah nama pun peniaga air balang, tak kan tak nak kot.. ye idok? Hehe.

Bagi anda yang baru nak menceburi bidang jual air balang pula, boleh je nak cuba.. Kalau tak tahu cara dan tak tahu resepi air balang apa yang nak jual, anda boleh melabur untuk ilmu dahulu dengan belajar cara-caranya melalui Panduan Bisnes Air Balang ini. Penulis ada tunjukkan cara nak mulakan berniaga air balang dan lebih 20 resepi akan diberikan bagi yang berminat.

Semoga bermanfaat dan good luck kawan!

Apa yang istimewanya air Detox?

This image has an empty alt attribute; its file name is cara-bisnes-air-balang-2.gif

Peniaga-peniaga air balang sekarang memang sudah semakin ramai. Kat mana-mana ada je orang jual air balang. Oleh sebab itu persaingan bisnes air balang ni juga mendapat persaingan yang sengit. Siapa yang jual air sekadar biasa-biasa saje, confirm jualannya pun biasa-biasa juga. Tapi dalam keadaan yang penuh dengan persaingan sekarang, saya tertarik dengan seorang peniaga air balang ni yang mana, ramai pelanggannya membuat tempahan jus air detox untuk majlis mereka. Apa yang istimewanya air detox ni? Jadi, saya pun cuba buat sedikit kajian apa yang menyebabkan ia mendapat sambutan.

Saya salah seorang yang lambat kenal air detox ni sebab tu masa mula-mula dulu saya tengok air apa kebenda ni, pelik je rupanya dan macam-macam ada kat dalam air tu. Siap ada daun pudina dan daun serai lagi. Ni air minuman ke resepi masakan? Tapi terus terang, walaupun nampak pelik tapi tetap menarik sebab nampak je dah macam segar gitu! Terus jadi dahaga.

Oleh kerana perasaan ingin tahu, saya pun cuba beli satu dan bertanya sikit-sikit kepada brader yang jual tu. Apa yang istimewannya air detox ni? Sebenarnya ia juga dikatakan jus herba sebab ada letak serai, daun pudina, buah lemon, asam boi dan macam-macam lagi. Sebab tu nama dia jus detox. Ooo.. baru saya tahu.

Jadi, saya pun cuba minum secawan. Fuhh!! Memang detox! Rasanya yang masam-masam manis dek kerana asam boi, buah lemon dan laicinya, ada berangin-angin dek kerana daun pudina dan serainya. Ditambah pula bila minum dengan ais yang sejuk dalam keadaan memang tengah dahaga di waktu tengahari yang panas terik membara.. fuhhh..meleleh.

Patutla dalam perkhidmatan katering air balangnya juga sekarang semakin ramai pelanggan membuat tempahan jus detox dari beliau. Memang puas hati. Mungkin ramai orang yang kena dengan seleranya walaupun saya pasti bukan semua orang suka dengan jus detox ni.

Jadi, pada pendapat saya, pada tahun 2020 ni bagi anda yang berniaga air balang, jangan lupa cuba jual juga air detox dalam bisnes anda. Mana tahu ada rezeki lebih kat situ. Mungin ada ramai pelanggan yang tak pernah rasa air ni dia akan cuba beli dari anda sebab dia mesti nak tahu apa yang istimewanya air detox ni. Sama macam saya juga mula-mula dulu. Bagi pelanggan yang dah memang tahu dan minat air detox ni, confirm mereka akan lagi suka sebab anda ada tambah jual air kegemaran mereka.

Baca juga: 3 Cara menghadapi persaingan dalam perniagaan air balang

This image has an empty alt attribute; its file name is cara-bisnes-air-balang-2.gif

 

Sebelum jual, cuba buat dulu dan bagi kawan rasa.

Resepi air soya sedap 01
CARA BISNES AIR BALANG (2)

 

TERLIUR TAK TENGOK AIR SOYA NI?

Resepi air soya sedap 02

Saya tengok gambar saja pun dah nampak air soya ini menggiurkan! Mantap! Air soya homemade by Puan Efa. Hasil belajar melalui ebook Bisnes Air Balang. Tahniah!

 

Beberapa hari yang lepas, Puan Efa dah mula ‘warm up’ buat air soya. Beliau cuba buat dan rasa dulu sebelum menjual di bazar ramadan.

 

Lebih menarik lagi, kawan beliau telah memuji kesedapan air soya homemade Puan Efa ini. Level air soya Puan Efa ni saya masukkan dalam kategori cemerlang! Dah ready untuk dijual hingga sold out. Serbu ramai-ramai gerai air soya Puan Efa nanti ya!

 


Klik gambar ebook Bisnes Air Balang di bawah untuk dapatkan Resipi Terbaik Air Soya seperti Puan Efa ni.

*Di atas ni adalah antara testimoni pembeli ebook Bisnes Air Balang kepada tuan Mizan sendiri. Bagus akak ni sebab dah mulakan langkah pertama beliau untuk berniaga di bazar ramadan 2019 tak lama lagi. Cuba buat sendiri dulu dan bagi kawan-kawan rasa. good idea!

Kredit: Tuan Mizan Sulaiman

CARA BISNES AIR BALANG (2)
Design a site like this with WordPress.com
Get started